UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Yeop Yunus Nek Kamal, Abdul Kareem Omar, Abdullah Mohamad Khairudin Lim, Salleh Mad Ithnin,
Title :Faktor yang mempengaruhi ibubapa dalam pemilihan sekolah anak mereka di negeri Perak (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pemilihan sekolah anak anak selalu merumitkan ibubapa. Rata-rata ibubapa berasa susah hati apabila ana-anak ingin memulakan pereskolahan diawal setiap tahun. Banyak persoalan yang timbul. Pelajar bukan sahaja ingin bersekolah di sekolah yang sesuai dengan pencapaian akademik malah yang dapat memenuhi aspirasi keluarga bagi mencapai cita-cita masa depan mereka. Pemilihan terpaksa dibuat. Banyakfactor harus dipertiimabngkan disamping banyak juga kekangan merintang. Kajian ini melaporkan apakah factor yang mempengaruhi ibubapa memilib sesebuah sekolah untuk anak mereka. Sekolah mana pilihan mereka dan mengapa. Setiap sekolah mempunyai cirri-ciri mereka sendiri. Antara faktor yang dihipotesiskan ialah geograji, akademik, budaya sekolah, jenis sekolah, jenis guru dan pengetua, kemudahan, keluarga dan minat anak itu sendiri. Data dikumpul dengan mengedarkan 600 set soalselidik bertsruktur yang mengandungi 76 item. Responden dipilih secara rawak berdasarkan senarai nama kelas dalam setiap daerah. Data yang dikumpul telah diasingkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.5 . Keputusan analisis menunjukkan bahawa dimensi geograji, akademik, jenis sekolah dan faktor guru, kemudahan, budaya sekolah dan faktor famili mempengaruhi ibubapa memilin sekolah untuk anak merekadi Negeri Perak. Namun cadangan dari pihak lain tidak mempengaruhi. Dapatan ini dibincangkan oleh penulis. Untuk kajian selanjutnya, dicadangkan supaya dikaji apakah faktor yang paling menyumbang terhadap fenomena memilih sekolah. Kajian juga dicadangkan diperluaskan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Data yang dikumpulkan dari beberapa sumber lain seperti guru-guru sekolah itu sendiri mungkin juga akan dapat memantapkan dapatan kajian.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)